۞ Selamat datang ke Blog MarhalahPertama™ 1987 ۞
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

February 14, 2011

 Doa Istiqarah Memilih Jodoh


"Ya Allah Ya Tuhanku..Engkau Yang Maha Agung Lagi Maha Kuasa.. Aku mohon ketetapan melalui Ilmu PengetahuanMu berdasarkan ketetapanMu dan kurniaanMu Yang Paling Agung.. Hanya Engkau Yang Maha Kuasa yang berlindung di bawah naungan Arasy Mu paling Agung.. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui apa-apa..Dan hanya Engkau yang mengetahui perkara-perkara tersembunyi.. Ya Allah Ya Tuhan ku jika melalui ilmu pengetahuanMu dia telah Kau ciptakan untukku. Baik untuk diriku, agamaku, keluargaku dan kehidupanku kini dan akan datang maka tetapkanlah dia untukku, dekatkan dia denganku, permudahkan dia bagiku, berkatilah dia untukku...Ya Allah Ya Tuhan ku jika melalui ilmu pengetahuanMu dia tidak elok untuk diriku, agamaku, keluargaku dan kehidupanku kini dan akan datang maka jauhkan dia dariku dan jauhkan aku dari dia serta hapuskan segala ingatanku terhadap dia...Ya Rahman Ya Rahim Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang berikan aku jodoh yang terbaik yang datang dari kurniaanMu paling agung.. Berikan aku kebaikan dan berikan aku redha dan pasrah dengan segala ketentuanMu Ya Allah..Amin..."

“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]

Read More → Doa Istiqarah Memilih Jodoh

 Luahan Hatinya.


Disebalik senyuman yang terukir sapanjang masa, terselit seribu duka yang hanya dia dan allah memahami. Siapa tahu dalam riang hatinya,tersembunyi tangis perit di sudut hatinya. Siapa tahu dalam kesungguhanya banyak kepayahan yang terpaksa ditempuhi. Siapa tahu dalam setiap gelak tawanya, betapa dia inginkan kegembiraan kurniaan sebenar dan bukannya dibuat-buat dan palsu semata. Di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu. Dalam keriangan yang dipamerkan itu, terselit satu ketabahan yang tiada jawapannya, sampai bila segala persoalan dan aliran air mata terus membelenggu hidupnya…
Dia…sentiasa mengharapkan jalan hidup yang dilalui ini adalah jalan yang benar, tidak sia-sia mahupun jalan yang salah. Dia..sentiasa menahan hatinya dari melakukan perkara yang boleh memburukkan lagi keadaan hidupnya .Dia..selalu bertanya, dia yang salah, atau orang itu yang salah. Dia..sering merasakan bahawa dia lemah, kerdil dan terlalu sensitif. Namun,dia juga sering bertanya,ataukah semua ini adalah untuk menambahkan lagi keimanannya,atau untuk menjelaskan, bahawa dia adalah pesalah yang hanya menunggu saat untuk disakiti oleh mereka….
MarhalahPertama....

Read More → Luahan Hatinya.
 

۞ Follower & Translate

English Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

۞ Recent Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Blog Hadlan™ 1987 » ۞ Sila Tinggalkan Komen serta idea anda Untuk tarbiah bersama ۞ Terima kasih Atas komen yang Diberikan ۞

۞ Get Newsletters Update ۞


Digg Technorati http://i241.photobucket.com/ Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Yahoo Simpy

type='text/javascript'/>