Adakah Anda Pengguna Google Earth? rasanya bagi kita yang biasa mengunakan perkhidmatan internet dalam kerja seharian ,sudah semestinya tahu mengunakannya..
Sedar atau tidak peta yang dipaparkan dalam Google Earth itu, tidak menggambarkan lokasi penting yang ada di Israel. Tidak ada lokasi militeri dan tempat-tempat strategik israil, selain gambaran pada petanya juga cenderung suram dan kabur, dan jika dibandingkan dengan gambar daerah lain.
Hal ini seterusnya menjadi persoalan terhadap kreadibiliti Google Earth sebagai fesiliti satelite yang dapat memicu lebih detail seluruh tempat di dunia ini, sejak beberapa bulan lalu.
Dalam forum "Bersama Haekal" yang ditayangkan oleh Aljazeera setiap hari khamis dikatakan, "Sekarang ada satelit yang boleh mengambarkan lokasi sesuatu tempat secara detail. Dan Google sendiri telah menjual peta satelit itu untuk menggambarkan lokasi seluruh dunia. "
Benarkah seluruh dunia boleh dilihat melalui Google Earth? Ternyata tidak. Hanya peta Israel saja yang tidak ditampilkan di sana. Sesuai dengan ketetapan Kongres Amerika dan Google, pihak Google tidak boleh menampilkan dan menjual peta apa-pun tentang Israel. kerana peta Israel khusus hanya dimiliki oleh Department Pertahanan AS.
menurut haikal Lagi, "Saya tidak tahu kenapa terdapat satu negara yang boleh terlindung dari peta satelit yang disajikan Google Earth. Kita semua sudah mencuba untuk memasuki ke wilayah Israel tapi lokasi itu ternyata suram saja gambarnya pada Google Earth. "
berbeza dengan bila kita mencuba mengakses fasiliti yang sama untuk melihat peta Mesir, yang bejiran dengan Zionis Israel. Dalam peta itu, kita boleh melihat lokasi strategi apa-apapun di Mesir. "Saya boleh melihat istana, dan pelbagai tempat penting lainnya, termasuk lokasi penting ketenteraan mesir, " ujar Haikal.
Menurut koresponden Islamonline bidang Teknologi, awal tahun 2007, saat Google Earth baru dilaunching, lokasi Israel hanya menampakkan peta lama. Memang ada sejumlah kota Israel dan juga peta sejumlah gedung industri di Israel, serta kota-kota Israel. Tapi itu semua adalah peta lama yang pada masa kini sudah banyak berubah. Selepas itu kini peta Israel menjadi suram Mungkin dikaitkan dengan kesepakatan dengan Amerika seperti yang disebutkan Haikal tadi.
Sementara dari pihak Google sendiri, mengatakan mereka akan tetap memberikan gambaran yang terbaik bagi pengguna kemudahan yang ditawarkan. Hanya saja, peta satelit yang menggambarkan lokasi Israel telah dibeli oleh pihak tertentu yang kemudian mengatur gambaran peta Israel melalui kerjasama AS-Israel. (na-str/iol/eramuslim)
0 comments:
Post a Comment