Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Tuhan sekalian alam. Semoga takdir kami di ‘Bumi Cinta’ ini menemukan kami akan cinta hakiki . Cinta yang didamba oleh setiap orang yang mampu berfikir dan orang-orang yang diberi kebaikan oleh Allah
pada yang menyambut tahun baru cina gong xi fat coi..tapi saya tak sambut pun..cuma cuti tahun baru cina ni saya habiskan dengan rehlah bersama group halaqah..sebenarnya tiada perancanganpun nak buat apa2 time cuti...alhamdulillah last minuts abg mat buat rehlah gi kundasang..hu best,apa lagi tempat yang kitaorang nak tuju tu kundasang..walaupun dah banyak kali gi sana tapi bezanya, ni nak datang ramai-ramai memang best tapi yang paling penting pengisian dan niat kita ke sana.bukannya niat nak berseronok-seronok tetapi tidak lain selain membawa wasilah tarbiyah..untuk mentarbiyah diri di samping niat ibadat kerana allah.pengisian dengan daurah di samping kunjungan ke perkampungan mualaf..konvoi kali ni disertai oleh ramai akhwat 30 lebih sedangkan ikhwan tidak sampai dua puluh..sepanjang dua hari berada di kundasang yang diterajui oleh utz sarip adul banyak mentarbiyahkan diri dan memahami erti sebenar Syahadatul Haq yang kita pegang sebagai seorang muslimin yang sebenar...
ucapan al-Maududi dalam Syahadatul Haq:
“Sama ada mereka(Para Rasul dan Da’ie) melaksanakan segala kewajipan syahadah ini dengan cara yang terbaik dan memastikan hujah Allah mengatasi hujah manusia. Atau kecuaian mereka akan dijadikan alasan oleh manusia di hadapan Allah kelak bahawa mereka tidak menyampaikan kalimah hak yang telah diamanahkan kepada mereka dan mereka tidak memimpin manusia sebangsa mereka menuju jalan hidup yang sebenar yang telah dinyatakan oleh kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka”
“Namun jika mereka cuai dalam melaksanakan tanggungjawab ini atau bertindak zalim dengan memutar belitkan kebenaran sehingga yang benar menjadi palsu dan palsu menjadi benar, nescaya Allah akan menghukum mereka terlebih dahulu daripada orang lain kerana kecuaian dan pendustaan mereka. Allah bukan sahaja akan hukum mereka kerana apa yang mereka lakukan malah Allah akan hukum mereka kerana apa yang dilakukan oleh orang lain yang sesat akibat kecuaian mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka atau akibat tindakan mereka yang mengubah jalan yang benar melalui syahadah dusta mereka”.
0 comments:
Post a Comment