۞ Selamat datang ke Blog MarhalahPertama™ 1987 ۞
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

March 12, 2010

 Permata Hati..

                 Kadang kala apa yang kita fikirkan sesuatu yang baik pada pandangan diri kita bukanlah seperti apa yang dipandang pada diri orang tersebut. Memang sukar untuk kita menilai hati dan perasaan seseorang.kerana hati seperti sebuah pemerintah dalam sebuah kerajaan. Diumpamakan  badan sesorang itu sebagai sebuah kerajaan yang cukup lengkap dengan segala kefarduan dan raja atau presidennya adalah  hati. Mungkin adalah sukar untuk kita memenuhi segala keperluan hati manusia kerana asalnya kita tidak akan cepat cukup atau merasa puas dengan apa yang kita miliki pada hari ini. Kita lebih suka menghargai bila kita dah kehilanggannya. Apabila baik dan teratur perjalanan hati itu maka baik dan teraturlah perjalanan semua anggota. Janganlah merasa sedih atas kegagalan untuk memenuhi hati dan perasaan orang lain kerana dalam mengecapi kegembiraan sememangnya kita perlu ada perancangan untuk hati kita sendiri"JAGALAH HATI"kerana hati adalah sebuah pemerintah yang kuat dalam diri kita. Hati kita mudah didorong dengan kekuatan nafsu, tetapi dengan adanya akal fikiran yang boleh mematangkan diri, rancanglah hati kita berdasarkan akal fikiran di samping mohonlah doa kepadannya. Namun persoalannya bukanlah sepatutnya kita menilai diri memiliki hati yang tidak cukup kuat ataupun mudah diserang dengan penyakit hati tdan berubah tetapi berusahalah untuk mengubahnya, membuat perancangan tersendiri dan mencari jalan untuk tidak mengikuti kehendak hati. Tetapi hakikatnya dalam mendidik seketul darah beku yang bernama hati ini bukanlah senang dan sangat menyakitkan. Tetapi kejayaan yang terbesar adalah apabila kita mampu melakukannya."janganlah kita terlalu memikirkan tentang hati dan perasaan diri kita sehinggakan lupa perasaan dan hati orang di sekeliling kita"..kerana mengembirakan hati orang adalah yang terbaik bagi diri ini sebelum mengembirakan diri sendiri....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

۞ Follower & Translate

English Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

۞ Recent Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Blog Hadlan™ 1987 » ۞ Sila Tinggalkan Komen serta idea anda Untuk tarbiah bersama ۞ Terima kasih Atas komen yang Diberikan ۞

۞ Get Newsletters Update ۞


Digg Technorati http://i241.photobucket.com/ Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Yahoo Simpy

type='text/javascript'/>