
Saat ini tidak terkira kegembiraan dan kesyukuran menungu saat penganugerahan segulung sijil yang bermakna buat diri ini dan keluarga. Menanti saat tibanya tarikh keramat 10/10/10, tiada siapa yang tidak gembira pada saat yang sangat manis dan memberikan makna paling besar dalam hidup kita dan kedua ibuayah kita. Sudah pasti saat ini dilihat sebagai saat paling penting dalam hidup kerana ia sebenarnya menyiratkan sebuah harapan besar perjalanan ke hadapan. Namun, Konvokesyen hakikat sebenarnya bukan sekadar hari bergembira dan berbual 'masa depan', namun ia adalah hari teriktirafnya sebuah AMANAH:
“Maka tidaklah sewajarnya kesemua kamu pergi berjuang, perlulah ada sekumpulan manusia yang mendalami ilmu agama dan KEMBALI memberikan peringatan pada kaumnya apabila dia kembali, mudah-mudahan mereka akan berwaspada (kepada hukum-hukum Allah).”
Buat sahabat-sahabat seperjuangan, Tahniah !!! ..semoga dipermudahkan semuanya dan dapat melaluinya dengan penuh kesyukuran..
0 comments:
Post a Comment